Assalamualaikum WBT
Hai, salam kenal kepada teman-teman dan semua pembaca blog yang sudi singgah di blog Jahitan Selesa ini. Ribuan terima kasih atas kunjungannya.

Jahitan Selesa sudah pun menjangkau 20 tahun usianya penglibatan dalam bidang jahitan secara offline (Tempahan di rumah / sekolah). Ianya bermula secara suka-suka, lama-lama dengan kepercayaan yang diberi oleh penggunaan dengan kualiti Jahitan Selesa ini, telah memberi sedikit impak untuk Jahitan Selesa ini bertahan selama sehingga kini.

Kini, zaman serba canggih, semuanya mudah dan di hujung jari sahaja, kita dapat apa yang kita ingin kan. Dengan peluang yang ada ini, Jahitan Selesa, mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan merialisasikan tempahan baju kurung secara ONLINE.

KELEBIHAN BUAT TEMPAHAN DENGAN JAHITAN SELESA KAK MAH
 Menawarkankos tempahannya adalah amat berbaloi, Serendah RM60 termasuk pos. 
 Sentiasa bertanggungjawab terhadap jahitan
 Kepuasan pelanggan diutamakan
 Jaminan keselesaan baju yang di jahit

JENIS BAJU UNTUK TEMPAHAN DENGAN JAHITAN SELESA KAK MAH
 Baju Kurung Biasa
 Baju Pesak Gantung
 Baju Kurung Pahang
 Baju Kurung Pucuk Rebung
 Baju Mini Kurung